SELAMAT DATANG

Alhamdulillah, ketika mengarang penulisan ini usaha sedang giat dijalankan. Menceburi satu perniagaan yang mana produknya adalah halal serta toyyibah.

Jadi dapat dirasai bahwa pilihan yang tepat telah pun dibuat. Bermula sebagai pengguna dan akhirnya terjun kedalam bidang perniagaannya untuk menuju ke satu matlamat... iaitu " produk halal tanggungjawab bersama"...

Dengan sokongan padu dari keluarga, saudara mara, rakan taulan dan khususnya dari warga kaum muslimin dan muslimat sekelian....

Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.

-Najah (Pengurus Stokis)-


“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”
- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
(Pengarah Urusan HPA Sdn. Bhd)


Kenapa Memilih HPA

Monday, March 8, 2010

Sebelum terbabit dalam perniagaan produk HPA ini, mungkin ada yang tertanya2 kenapa memilih HPA. Sedangkan bnyak perniagaan MLM yang lain diluar sana yang menjanjikan habuan yang lebih lumayan.

Jikalau itulah semata-mata yang menjadi pendorong kita ,maka HPA bukanlah jalan yang harus diharungi. Sebelum memilih untuk menyertai perniagaan HPA ini, aku juga adalah tergolong di dalam golongan pengguna. Setiap kali membeli barangan keperluan maka tanda atau logo "halal" adalah menjadi suatu kemestian.... tiada persoalan atau keraguan tentang barangan yang dibeli dan digunakan. Segala urusan tersebut diserahkan bulat2 kepada pihak JAKIM.

Inilah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta , setelah kenal HPA lantas ingin terus berjuang bersama....

Kenapa memilih HPA, terlalu banyak sebab dan musababnye. Cukuplah kalau beberapa sebab sahaja di lontarkan disini:
1. Produknya dihasilkan oleh seorang bumiputera islam
2. Perjalanan syarikat dan produknya dipantau oleh Lembaga Syariah nya
3. Setiap produknya menitikberatkan soal halal dan toyyiban
4. Setiap pembelian ada sedekahnya.

Jangan lah kita tertipu dengan barangan yang dikatakan halal, siapakah pemiliknya???
Janganlah kita tertipu dengan barangan yang di katakan halal, adakah ia toyyiban????
Jangan kita tertipu dengan barangan yang dikatakan halal, dimanakah sedekahnya????

Cukuplah sekadar menyebut beberapa contoh, walaupun terdapat berbagai2 barangan yang mengelirukan umat islam kita terutamanya dari segi penjenamaan barangan tersebut.

Sedarlah kita wahai umat islam......

Wallahualam....

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

PENGIKTIRAFAN

PENGIKTIRAFAN

Followers