SELAMAT DATANG

Alhamdulillah, ketika mengarang penulisan ini usaha sedang giat dijalankan. Menceburi satu perniagaan yang mana produknya adalah halal serta toyyibah.

Jadi dapat dirasai bahwa pilihan yang tepat telah pun dibuat. Bermula sebagai pengguna dan akhirnya terjun kedalam bidang perniagaannya untuk menuju ke satu matlamat... iaitu " produk halal tanggungjawab bersama"...

Dengan sokongan padu dari keluarga, saudara mara, rakan taulan dan khususnya dari warga kaum muslimin dan muslimat sekelian....

Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.

-Najah (Pengurus Stokis)-


“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”
- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
(Pengarah Urusan HPA Sdn. Bhd)


Isu HALAL - Umat Islam dipermainkan

Tuesday, March 23, 2010

Dalam seminggu dua nie banyak isu berkaitan dengan HALAL di utarakan. Jika kita lihat di media massa, sering sahaja isu ini di siarkan.... mula2 kuaci, diikuti dengan jejari kentang dan yang terkini kilang pemprosesan ayam pula...

DULU MANGSA AHLONG DIKURUNG, SEKARANG PENGUATKUASA HALAL DAN MEDIA PULA DIKURUNG
REMBAU 16 Mac - Pengusaha sebuah kilang memproses ayam di Pedas dekat sini bertindak di luar dugaan apabila 'mengurung' 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan yang melakukan serbuan di premis itu hari ini. Baca seterusnya

Lihatlah apa yang telah mereka buat terhadap penguatkuasa yang memantau demi kepentingan umat Islam...mereka telah menjadi besar kepala sehingga sanggup mengenepikan undang2.

Ingatlah kita bahawa Umat Islam adalah merupakan golongan pengguna yang paling besar dalam negara ini...seharusnya kita mampu mengawal keaadaan ini...

Jika kita perhatikan isu2 diatas... kita dapati seolah-olah umat Islam dipermain-mainkan oleh golongan kapitalis... dan sebagai umat Islam kita harus Ingat peri pentingnya

Rezeki Yang Baik

Setiap pagi, antara doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah :

" Ya Allah, Aku memohon dari Engkau, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima". Baca lagi

Sebagai umat Islam juga harus kita ingat bahawa hanya orang Islam sahaja yang peka kepada konsep halal haram ini. Manakala bagi golongan kufar mesej mereka ialah keuntungan semata-mata.

Jadi sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kita mencari PRODUK YANG HALAL,BERSIH DAN SUCI

FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD
"WAHAI SEKALIAN MANUSIA MAKANLAH DARI APA YANG ADA DI MUKA BUMI YANG HALAL LAGI BAIK DAN JANGANLAH KAMU IKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN. SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU IALAH MUSUH YANG TERANG NYATA BAGI KAMU" (AYAT 168 SURAH AL-BAQARAH)

seperti contoh yang ditunjukkan di atas kita ada alternatifnya :

Ayam Organik HPA

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

Ini bukanlah iklan semata2 untuk keuntungan, tetapi lebih kepada tanggungjawab kepada sesama Islam... ingatlah kita mampu berubah...

Wallahualam....


0 comments:

Post a Comment

 
 
 

PENGIKTIRAFAN

PENGIKTIRAFAN

Followers